Pulau Dayang Bunting ialah salah satu destinasi perlancongan menarik, di tengah pulau ini terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak, air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah berkayak, mandi, berenang atau mengayuh paddle boat mengelilingi tasik.

Pulau ini menjadi tumpuan pelancong dan terdapat resort di pulau ini. Di Pulau ini anda boleh buat aktiviti mandi manda dan snorkeling, pantainya yang cantik dan air yang jernih pasti membuatkan anda terpesona, anda boleh buat aktiviti snorkeling di pulau ini. Selain itu jika anda berani dan suka adventure anda boleh menyewa jetski untuk satu hari dan anda bebas bergerak ke pulau-pulau berdekatan dan juga bebas pergi ke pantai-pantai lain yang lebih cantik.

Boat akan singgah di perairan Pulau Singa Kecil berdekatan dengan jetty dan memberi makan burung helang. Kita akan dapat lihat dengan lebih dekat bagai mana kumpulan helang-helang ini menjunam ke laut dan menyambar makatan yang diberikan oleh tekong boat. Bagi peminat burung helang biasanya mereka akan singgah dan duduk di jetty Pulau Singa Kecil berjam2 untuk melihat burung helang dan merakam gambar.